Assalamualaikum and hello everyone!!!
Harini kelas pertama untuk mata pelajaran MPT1293. Kelas hari ini dimulakan dengan sessi taaruf antara pensyarah dan pelajar. Pensyarah memulakan kelas dengan memberikan penerangan tentang silibus subjek ini dari minggu pertama hingga minggu terakhir.
Pengenalan
Pensyarah menerangkan tentang prosess untuk membangunkan multimedia. Dalam pembangunan multimedia/ software kita perlu untuk mengikuti langkah-langkah seperti Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation. Ianya amat penting dan akan memudahkan kita dalam membangunkan sesuatu project.
Sebagai contoh, sebelum memulakan untuk membangunkan projek kita perlu menganalisa maklumat berkaitan terlebih dahulu. Menganalis siapakah yang akan menggunakan sistem, kepentingan sistem, isi dan maklumat, sumber diperolehi , platform digunakan dan untuk siapa diedarkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment