Tuesday, 27 November 2012

WEEK 12

Pada hari ini kami meneruskan pengajian dengan tajuk "Teknik dan cara untuk pengedaran aplikasi multimedia" .
Berdasarkan subjek ini, para pelajar perlu menghasilkan satu aplikasi multimedia berasaskan pendidikan dengan menggunakan cd-rom untuk projek akhir. Oleh sebab itu, tajuk pada hari ini penting untuk pelajar sekiranya hendak menjadikan cd-rom tersebut produk komersial. Pertama sekali, kita perlu mengetahui kaedah yang hendak digunakan untuk edarkan bahan tersebut.Seterusnya kecekapan, simpanan data yang besar perlu dipertimbangkan sebagai faktor pengedaran multimedia. Antara kategori pengedaran multimedia menggunakan : CD ROM/DVD/BluRay, Flash storage, Network

Kelebihan aplikasi menggunakan:
CD ROM - murah, boleh dibawa kemana-mana, boleh di cetak berulang kali dengan mudah
BluRay - storage yang luas - 12GB

Strategi pasaran:
Kita perlu mengetahui bagaimana untuk pasarkan produk, bagaimana untuk memulakan, apa yang perlu dipertimbangkan seperti harga,target dan promosi.

Strategi pasaran terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
Sosial Media Marketing (contohnya Facebook) - Multiway, pelanggan yang akan mencari iklan di laman sosial
Tradisional Marketing - one way, kadangkala menganggu pelanggan tidak kena pada waktunya


0 comments:

Post a Comment