Friday, 28 September 2012

WEEK 3







Pada minggu ini saya tidak dapat hadirkan diri ke kelas kerana MC. Saya mengalami keracunan makanan dan memang tak larat nak drive dari kluang ke UTM. Sayang sebenarnya nak absent dari kelas, tapi apakan daya dah jatuh sakit :( Walaubagaimanapun saya ada membaca mengenai tajuk pada hari ini iaitu Information Desigh : Strategy.


Dalam topik ini ada dibincangkan mengenai Learning teori.Contoh Learning theory ialah :

1) Behaviour : Menganggap pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkah laku

2) Kognitif : Menganggap pembelajaran sebagai satu proses dalaman yang tidak diperhatikan secara langsung

3)Constructivist :Pembelajaran diperolehi dari pengalaman




Tuesday, 18 September 2012

WEEK 2

Pada hari ini kami meneruskan lagi pembelajaran dengan topik berikut :

Courseware terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
1) Drill and practice : contoh untuk courseware ini adalah mata pelajaran matematik. Kita perlu membuat latihan / praktis bagi mengukuhkn lagi apa yang telah dipelajari dalam subjek tersebut.

2) Tutorial : merupakan stand alone. Pelajar akan membuat latihan yang diberikan hingga siap. Ia merupakan formal linear, senang digunakan dan menyediakan maklumbalas yang betul untuk latihan tersebut

3) Simulation : eksperimen seperti mata pelajaran sains dan kemahiran hidup

4) Instructional Games : kebanyakan pelar lebih minat dan cenderung kepada jenis courseware games kerana ianya lebih menarik, tidak boring

5) Problem solving : pelajar perlu bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah.
#Antara banyak jenis courseware, problem solving lebih memerlukan banyak masa pada pelajar untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

Selain itu juga kami mempelajari tentang topik Project Management dalam design multimedia :

Pembangunan multimedia berbeza dengan pembangunan aplikasi lain kerana grafik dan media memerlukan kemahiran yang lebih spesifik dan memerlukan instructional design.
Dalam pembangunan aplikasi multimedia memerlukan kemahiran seperti berikut :

1) Project management
2) Content
3) Strategy
4) Programming
5) Architecture & design

Diantara kunci yang penting untuk sebuah projek ialah :
1) Kos
2) Time
3) Quality



Tuesday, 11 September 2012

WEEK 1

Assalamualaikum and hello everyone!!!


Harini kelas pertama untuk mata pelajaran MPT1293. Kelas hari ini dimulakan dengan sessi taaruf antara pensyarah dan pelajar. Pensyarah memulakan kelas dengan memberikan penerangan tentang silibus subjek ini dari minggu pertama hingga minggu terakhir.

Pengenalan

Pensyarah menerangkan tentang prosess untuk membangunkan multimedia. Dalam pembangunan multimedia/ software kita perlu untuk mengikuti langkah-langkah seperti Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation. Ianya amat penting dan akan memudahkan kita dalam membangunkan sesuatu project.
Sebagai contoh, sebelum memulakan untuk membangunkan projek kita perlu menganalisa maklumat berkaitan terlebih dahulu. Menganalis siapakah yang akan menggunakan sistem, kepentingan sistem, isi dan maklumat, sumber diperolehi , platform digunakan dan untuk siapa diedarkan..